KOTA KINABALU: Kenaikan harga tiket penerbangan khususnya ke Sabah yang dilihat melonjak sehingga lima kali ganda ketika ini, dikhuatiri akan menjejaskan usaha memulihkan sektor pelancongan negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata pelancong antarabangsa mahupun domestik hanya boleh melawat Sabah melalui penerbangan dan sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke "Negeri Di Bawah Bayu" itu.
"Pintu sempadan negara telah dibuka pada 1 April lepas dan kita menjangkakan menerima kehadiran pelancong sekitar satu hingga 1.3 juta orang yang akan tiba dan melawat ke Sabah.
"Kita baharu sahaja terlepas daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan (situasi) ekonomi teruk (berikutan pandemik COVID-19), sekiranya harga tiket penerbangan dinaikkan, ini sudah tentu menjejaskan industri pelancongan dari segi kehadiran pelancong ke Sabah," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya di sini semalam.
Mengulas lanjut, Jafry berkata pihaknya menerima rungutan daripada rakyat negeri ini susulan kenaikan harga tiket tersebut kerana menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri tahun ini.
"Sebagai contoh untuk hari ini sahaja, (harga tiket penerbangan) dari Kota Kinabalu ke Tawau mencecah sehingga RM1,300. Ini tidak masuk akal, terlampau tinggi, sedangkan biasanya (harga tiket) dalam RM100 ke RM300.
"Justeru, saya minta kepada pihak berkaitan untuk melihat perkara ini dan saya yakin kerajaan pada hari ini begitu mementingkan suara rakyat," katanya.
Semalam, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan Sabah mendesak Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pengangkutan untuk mencari jalan bagi mengurangkan harga tiket penerbangan tersebut.
Sementara itu, Jafry ketika diminta mengulas mengenai kenaikan Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah, berkata ia menunjukkan hubungan baik antara kedua-dua kerajaan dan beliau berharap peruntukan itu akan digunakan untuk memperkasakan lagi pembangunan di negeri ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam kenyataan bersama semalam dilaporkan berkata pemberian geran khas baharu untuk Sabah meningkat 4.7 kali ganda iaitu daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Jafry berkata pihaknya menerima rungutan rakyat Sabah susulan kenaikan harga tiket penerbangan kerana menyukarkan mereka untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri. - Foto Facebook Jafry Ariffin
AWANI Ringkas: Setakat ini hanya ibu bapa Zayn ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melly Goeslow nyata masih hebat, memukau peminat di Axiata Arena
Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah.
Emir Kuwait lantik Sheikh Sabah Khaled Al Sabah sebagai putera mahkota
Emir Kuwait, Mishal Al Ahmad Al Jaber Al Sabah mengeluarkan dekri melantik Sabah Khaled Al Hamad Al Sabah sebagai putera mahkota.
Dua pembantu penguasa kastam didakwa atas tuduhan rasuah
Dua Pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia didakwa di atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,300.
Segera siasat dakwaan kontena Israel berada di Iskandar Puteri - Ahmad Zahid
Siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri, Johor perlu disegerakan.
Ekosistem kewangan Islam berpotensi tarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia
Mohd Zukime berkata, pelabur daripada negara Islam mencari peluang pelaburan yang mematuhi prinsip Syariah.
Shereen lebur rekod kebangsaan 400m miliknya di Tennessee
Atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berjaya meleburkan rekod kebangsaan miliknya dalam acara 400 meter (m) pada Kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
KKM siasat peniaga rendam sotong dalam ‘tong sampah’
Peniaga lelaki berkenaan tular di aplikasi X apabila menggunakan tong yang biasanya digunakan sebagai tong sampah untuk merendam bahan jualannya itu sehingga mengundang kecaman ramai.
Polis tembak mati dua lelaki di R&R Tanjung Malim
PDRM mengesahkan dua lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Hentian Sebelah Tanjung Malim arah utara, Perak.
Anak gajah dipotong kaki dilaporkan mati
Anak gajah yang cedera akibat terkena jerat sehingga pergelangan kaki kanannya terpaksa dipotong dilaporkan mati pada petang Selasa.
Sabah cadang syarikat penerbangan Singapura luaskan laluan ke Sandakan dan Tawau
Sabah dalam usaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Singapura untuk meneroka sekali gus meluaskan penerbangan terus ke Sandakan dan Tawau.
Sabah khuatir kenaikan harga tiket penerbangan jejas usaha pulih pelancongan
Sekiranya harga tiket tidak berpatutan dan melambung tinggi, ia akan menjejaskan jumlah kehadiran pelancong ke Sabah.
Inisiatif VTL mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah - Jafry
Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah perlu melakukan penelitian dan sekali gus mempertimbangkan perlaksanaan inisiatif VTL menerusi perkhidmatan udara melalui Singapura.
Pesta Magahau berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan Sabah - Jafry
Selain kisah sejarah sambutannya yang menarik, gerak tarinya juga mampu memukau mereka yang menyaksikannya.
Tempahan mendaki Gunung Kinabalu akan dilakukan secara dalam talian
Proses tempahan dan bayaran mendaki ke Gunung Kinabalu akan menjadi lebih mudah pada masa depan, berikutan Taman-Taman Sabah (TTS) sedang membangunkan sistem tempahan dan permit secara dalam talian.
Sabah mahu bawa pelancong dari Singapura melalui gelembung pelancongan
Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya sedang menunggu keputusan jemaah menteri mengenai perkara itu.
Vaksin COVID-19: Program imunisasi mampu pulihkan sektor pelancongan Sabah
Operator pelancongan di Sabah berharap vaksin akan menjadi pembuka jalan untuk sektor itu kembali beroperasi.
Kerajaan Sabah akan pastikan individu tular hidang telur penyu dihukum
Ada pihak tidak prihatin hal berkenaan dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah diminta untuk menyiasat perkara itu.
Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan
Naik taraf infrastruktur, bantu sektor pelancongan